03 October 2010

SaJeR TuLiS-TuLiS

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitik embun yang turun dari langit, bersih, dan suci. Cuma tanahnya yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanahnya yang tandus,tumbuhla ia oleh kerana kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh ke tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan sanubari, setia, budi pekeri yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.


demiNya ku tinggalkanmu sementara,
walaupun diri ini sukar untuk melupakanmu,
namun apakan dayanya,
antara engkau denganNya,
Dialah segala-galanya,
biarlah kita terpisah dahulu,
membawa hala-tuju masing-masing,
menggapai cita-cita,
bila tiba saatnya,
kita pasti bersua,
di saat itu aku sedia menerimamu,
sebagai teman hidupku,
atau
seseorang yang dekat denganku.
Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad, ketahuilah bahawa daging itu adalah HATI.
Sabda RASULULLAH S.A.W:
"Iman seseorang hamba Allah tidak akan lurus sebelum hatinya lurus, dan hatinya tidak akan lurus sebelum lidahnya lurus".
Masa akan terus berlalu dan tidak akan menunggu tiap insan yang lalai dan leka.
Kita tidak mampu mengubah masa lalu dan tidak pula merancang masa depan dengan gambaran yang sesuai dengan kehendak kita, untuk itu, tidak ada gunanya membinasakan diri dalam kekecewaan kerana sesuatu yang tidak mampu kita ubah.
Sesungguhnya hari kelmarin bagaikan mimpi yang telah berlalu dan telah habiskan waktunya sedangkan hari esok tinggallah harapan yang indah, adapun hari ini adalah realiti yang sebenarnya.
Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup.
Mulakan hari dengan penuh keazaman, semoga akan mengukir kemenangan yang berpanjangan.
Manusia adalah insan kerdil yang sentiasa cenderung melakukan kesilapan. Berdampinglah kamu dengan insan-insan yang mampu menasihatimu apabila kamu melakukan satu kesilapan, serta insan yang mampu menerima teguran apabila dia melakukan kesilapan kerana manusia di ciptakan saling memerlukan antara satu sama lain.
Cintailah orang yang anda senangi dengan sedang-sedang sahaja, mungkin suatu hari nanti anda akan membencinya, Dan bencilah kepada orang yang tidak akan anda senangi sedang-sedang sahaja, mungkin suatu hari nanti anda akan menyukai dan mencintainya.
Seorang wanita umpama sekuntum bunga di taman, segar mewangi dipelusuk dunia setulus kasih sesuci embun, lembut wanita kerana senyumannya, cekal wanita kerana beraninya, patah wanita kerana setianya, sabar wanita kerana imannya, kasih wanita kerana belaiannya, lemah wanita kerana air matanya, ikhlas wanita kerana simpatinya, pendam wanita kerana cemburunya, sayang wanita kerana sifat keibuannya, tanpa wanita lelaki lemah, kerana wanita lelaki kalah, renungkanlah,,,,,,